Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Penduduk Deir Zour di Timur Syria yang sedang dikepung pengganas IS (Negara Islam) bertindak menutup semua jalan ke Damsyik termasuk jalan-jalan ke kota lain bagi memaksa penduduknya menyerah diri.
Pengganas IS yang menghadapi tentangan hebat penduduk Deir Zour kali ini bertindak menyiarkan video pembunuhan tiga penduduk yang ditawan di sekitar kota tersebut. Video yang tersebar sejak Sabtu lalu turut membawa mesej supaya penduduk awam segera menyerahkan diri dan kawasan yang mereka pertahankan kepada pengganas tersebut.
Filem 8:52 minit tersebut menunjukkan penduduk Syria dirantai pada tangan dan kaki kemudian diiring seperti banduan untuk dipancung kepala.
Individu pertama memperkenalkan dirinya sebagai Hawar Husain al-Jabir, kelahiran tahun 1070, bermastautin di perkampungan Ayyash, Deir Zour, sebelum ini berkerjasama dengan pasukan keselamatan untuk mewujudkan jawatankuasa sukarelawan di kawasan Deir Zour.
Tambanya Hawar, "Saya bertanggung jawab untuk merekrut tenaga yang membentuk jawatankuasa dan setelah beberapa tempoh saya berjaya menarik berpuluh-puluh orang sebelum ditangkap."
Filem yang sedang disiasat pihak berkuasa Syria itu turut menuduh dua lelaki yang turut dibunuh itu telah membekalkan bekerjasama dengan askar kerajaan.
Kedua-dua lelaki itu bernama Muhammad Ismail Muhammad, kelahiran 1979 berasal dari Hay al-Salihiya dan Usama Mohaisin al-Surhan, kelahiran 1977 dari Bikarah.
Berkata anggota pengganas IS dalam video ini, "Kami menyatakan kepada penduduk Ahli Sunnah yang berada di kawasan kekuasaan askar kerajaan Syria, kamu diwajibkan berhijrah ke Negara Islam."
Sambil menamakan penyokong Bashar Assad sebagai musyrik, dia berkata, "Barang siapa yang berada di kalangan orang musyrik dan mempunyai peluang untuk berhijrah namun tidak melakukannya, maka ia adalah zalim dan darahnya halal ditumpahkan."
Tambah pengganas tersebut, "Ini adalah amaran terakhir Negara Islam kepada kamu dan penduduk kawasan al-Joura dan al-Qashur, datanglah ke sini dna sekiranya anda tidak melakukannya, maka penyembelihan leher anda adalah wajib."
Filem tersebut disambung dengan babak para tawanan dibawa dengan kenderaan untuk dipancung dengan sebuah pedang besar dan berat. Betapa beratnya pedang tersebut, pengganas yang melaksanakan hukuman bunuh itu sendiri tidak merasa sukar mengangkat dan mengalihkannya.
Kira-kira 400 ribu penduduk awam tinggal Deir Zour yang mana kebanyakannya sedang menghadapi krisis makanan dan ubat. Dengan bantuan askar kerajaan, penduduk Deir Zour mula melancarkan operasi ketenteraan untuk membebaskan kawasan mereka dari kepungan.
Dalam operasi ini askar kerajaan cuba menghancurkan kepungan tersebut untuk memudahkan pengiriman makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk awam.





















...............